top of page

Kursus Pembenihan
Udang Galah Siri 1 / 2025
 

Tarikh : 27- 28 Feb 2025

Tempat : Hatceri Krustasia, Institut Penyelidikan Marin Borneo,

           Universiti Malaysia Sabah

Pengenalan

Bengkel Pembenihan Udang Galah merupakan program berkala yang dianjurkan oleh Hatceri Krustasia sebagai salah satu platform untuk memberikan khidmat serta pengetahuan dalam melahirkan usahawan tani atau penternak Udang Galah untuk menghasilkan anak benih sendiri untuk menjimatkan kos dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Penganjuran bengkel ini adalah meliputi teori serta praktikal yang dijalankan sepanjang dua (2) hari untuk memastikan peserta mempunyai peluang untuk bersama-sama menjalankan teknik yang disampaikan semasa bengkel berlangsung. 

Objektif

1.    Pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran menghasilkan benih udang galah. 
 

2.    Pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pembuatan makanan udang galah. 

Hasil Latihan dan Kursus

1.    Peserta mendapat pengetahuan praktikal tentang pengurusan induk, teknik penetasan, dan kaedah pemeliharaan larva Udang Galah.

2.    Peserta dapat mengaplikasikan amalan baik membawa kepada kadar survival larva dan juvana yang lebih tinggi.

3.    Peserta mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang pengurusan kualiti air, pencegahan penyakit dan amalan pemakanan untuk pengeluaran benih yang optimum.

Bengkel Pembenihan Udang Galah Siri 1-2025.png

Kaedah Pembayaran Kursus

Yuranboleh dibuat melalui epayment UMS (fpx):

https://epayment.ums.edu.my/General.aspx

Lengkapkan 'payer info' >

Pilih > Yuran Latihan IPMB

Sahkan pembayaran FPX

Contact Us

Address

Borneo Marine Research Institute

Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS, 88400  Kota Kinabalu

Sabah, Malaysia

Contact

Mr. Najamuddin Abdul Basri

Telephone : 088-320 000

             ext : 103701

Email : najamuddin@ums.edu.my

bottom of page