top of page



Kursus Penanaman
Rumpai Laut
Tarikh : 14- 15 Mei 2025
Tempat : Inkubator Akuakultur, Institut Penyelidikan Marin Borneo,
Universiti Malaysia Sabah
Pengenalan
Bengkel Penanaman Rumpai Laut merupakan program berkala yang dianjurkan oleh Inkubator Akuakultur sebagai salah satu platform untuk memberikan khidmat serta pengetahuan dalam melahirkan usahawan tani atau pengusaha rumpai laut untuk menghasilkan tanaman serta produk rumpai laut sendiri, menjimatkan kos dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi.
Objektif
1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran penanaman rumpai laut
2. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penanaman dan pemprosesan rumpai laut ketika fasa pascatuai
Sinopsis Program
Pendedahan peserta yang berminat bagi peluang untuk melibatkan diri dengan aktiviti penanaman rumpai laut :-
i. Biologi dan ekologi rumpai laut;
ii. Pemilihan dan pengurusan bibit rumpai laut;
iii. Penanaman dan penuaian rumpai laut;
iv. Pemprosesan rumpai laut dan produk pascatuai.
Impak / SDGs
Program ini menepati objektif Sustainable Development Goals (SDG) nombor 2 – Zero Hunger, nombor 13 – Climate Action dan nombor 14 – Life Below Water.
Penganjuran kursus penanaman rumpai laut memberikan impak yang signifikan terhadap pembangunan ekonomi pesisir pantai, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran petani tempatan dalam industri akuakultur, serta menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik, seterusnya memperkukuhkan keselamatan makanan negara
Yuran Penyertaan
RM 300/peserta
Terhad kepada 15 peserta sahaja
Kaedah Pembayaran Kursus
Yuranboleh dibuat melalui epayment UMS (fpx):
https://epayment.ums.edu.my/General.aspx
Lengkapkan 'payer info' >
Pilih > Yuran Latihan IPMB
Sahkan pembayaran FPX
Maklumat lanjut sila hubungi
Pn. Deidre : 016-7733889
bottom of page