top of page



Kursus Pembenihan
Timun Laut Siri 1 / 2025
Tarikh : 2 - 3 Mei 2025
Tempat : Inkubator Akuakultur, Institut Penyelidikan Marin Borneo,
Universiti Malaysia Sabah
Pengenalan
Bengkel Pembenihan Timun laut merupakan program berkala yang dianjurkan oleh Inkubator Akuakultur sebagai salah satu platform untuk memberikan khidmat serta pengetahuan dalam melahirkan usahawan tani atau penternak timun laut untuk menghasilkan benih timun laut sendiri, menjimatkan kos dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi.
Objektif
1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran pembenihan timun laut.
2. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah pengurusan timun laut, pemakanan dan penjagaan kesihatan.
Sinopsis Program
Pendedahan peserta yang berminat bagi peluang untuk membangunkan hatceri timun laut dengan merangkumi perkara berikut :-
i. Biologi dan ekologi timun laut;
ii. Pembenihan dan pengurusan larva timun laut;
iii. Pemeliharaan larva dan pemakanan larva;
iv. Pengurusan kesihatan induk dan larva timun laut.
Impak / SDGs
Program ini menepati objektif Sustainable Development Goals (SDG) nombor 2 – Zero Hunger, nombor 13 – Climate Action dan nombor 14 – Life Below Water.
Kemapanan penghasilan sumber makanan terutamanya penternakan akuakultur yang boleh mengurangkan kegiatan “overfishing” yang boleh menyebabkan kepupusan spesis haiwan marin. Program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan, meningkatkan minat, membentuk keupayaan Kerjasama dan meningkatkan kapasiti (capacity building) di kalangan peserta.
Yuran Penyertaan
UMS
RM 200/peserta
Luar UMS
RM 600/peserta
Antarabangsa
USD 100/peserta
Kaedah Pembayaran Kursus
Yuranboleh dibuat melalui epayment UMS (fpx):
https://epayment.ums.edu.my/General.aspx
Lengkapkan 'payer info' >
Pilih > Yuran Latihan IPMB
Sahkan pembayaran FPX
Maklumat lanjut sila hubungi
Pn. Deidre : 016-7733889
bottom of page